Saravanan tiba di mahkamah disambut penyokong

Saravanan tiba di mahkamah disambut penyokong

M. SARAVANAN ketika tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan tiba di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan rasuah.

Beliau yang tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada pukul 8.24 pagi itu disambut oleh ratusan penyokong.

Penyokong Ahli Parlimen Tapah itu hadir sejak awal pagi dengan berpakaian hitam sebagai tanda solidariti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut dilihat hadir Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Saravanan dijadual didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi berhubung dakwaan kesalahan yang dikaitkan dengan isu pengambilan pekerja asing.

Sebelum ini, Saravanan mengesahkan beliau akan didakwa dan bersedia untuk mempertahankan diri terhadap pertuduhan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini