Zahid Hamidi ziarah Mursyidul Am Pas

Zahid Hamidi ziarah Mursyidul Am Pas

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) berbual bersama Hashim Jasin ketika menziarahi Mursyidul Am Pas itu di kediamannya di Sanglang, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/ADIB AKHYAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama kepemimpinan UMNO negeri menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Sanglang di sini.

Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 45 minit bagi bertanya khabar serta berbual bersama Hashim yang tahap kesihatan bertambah baik.

Beliau menzahirkan rasa gembira melihat tahap kesihatan Hashim semakin pulih. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, hati saya cukup gembira melihat keadaan kesihatan Tuan Guru (Hashim) yang semakin pulih. Kami sempat berbual, bertanya khabar dan saling mendoakan. 

“Pertemuan yang ringkas, tetapi cukup bermakna. Saya sentiasa menghormati Tuan Guru sebagai seorang ilmuwan yang telah lama mendidik masyarakat dan memberikan panduan kepada ummah. 

“Saya mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Guru kesihatan yang baik, memanjangkan usianya dalam keberkatan serta memberikan kekuatan untuk terus menyumbang kepada agama, ummah dan negara,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman: Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Ali: Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais dan para pemimpin dua parti itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas negeri, Zahid Ibrahim berkata, selain bertanya khabar, pertemuan pemimpin tertinggi dua parti itu banyak menekankan mengenai agenda penyatuan ummah, termasuk di Perlis.

Katanya, Ahmad Zahid dilihat menyambut baik hasrat berkenaan dan memberikan maklum balas positif terhadap penerangan yang disampaikan oleh Mursyidul Am Pas itu.

​”Dalam pertemuan tersebut, beliau (Hashim) banyak menekankan soal penyatuan ummah termasuk di Perlis dan Presiden UMNO juga dilihat memberikan respon positif.

“Sekiranya ada salah faham, anggaplah ia sebagai ujian dan kita boleh berbincang serta atasi bersama. Masyarakat telah menunjukkan perubahan yang baik dengan penyatuan yang sedia terjalin ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini