2 pegawai bomba antara rakyat Malaysia di Nepal

2 pegawai bomba antara rakyat Malaysia di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ekoran bencana banjir kilat dan mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa, Nepal. 

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham berkata, dua pegawai yang terbabit ialah pendaki profesional merangkap anggota pasukan khas JBPM, Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa dan pegawai kanan JBPM, Mohd. Sani Harul.

Katanya, mereka dalam perjalanan dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet masih gagal dihubungi sejak pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, dua daripada mereka dalam senarai nama berkenaan, iaitu nombor sembilan dan 10, adalah pegawai kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.

Perkara itu disahkan Wisma Putra dalam kenyataan pada hari ini..

Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.

Ujar Wisma Putra, gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik di kawasan terjejas mungkin menyumbang kepada kesukaran untuk menghubungi rakyat Malaysia terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini