KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri ketiga yang didakwa di mahkamah.
Mengikut pertuduhan Ismail Sabri gagal mengisytiharkan asetnya iaitu:
– Ringgit Malaysia: RM14,772,150
– Singapore Dollar: SG$6,132,350 (RM19,430,464.16)
– Dolar Amerika: AS$1,461,400 (RM5,885,661.28)
– Swiss-Franc: CHF3,000,000 (RM15,001,831.12)
– Euro: €12,164,150 (RM57,098,294.81)
– Japanese Yen: ¥363,000,000 (RM9,183,892.75)
– Great Britain Pound: GBP50,250 (RM275,053.76)
– New Zealand Dollar: NZD44,600 (RM106,858.24)
– Emirati Dirham: AED34,750,000 (RM38,106,597.49)
– Australian Dollar: AUD$352,850 (RM1,020,415.27)
– Satu Ketul Gold Bar Petak Suisse Fine Gold 1Kg
– Satu Ketul Gold Bar Petak Suisse Fine Gold 1Kg
– Satu Ketul Gold Bar Petak Suisse Fine Gold 1Kg
– Satu Ketul Gold Bar Petak Suisse Fine Gold 1Kg
– Satu Ketul Gold Bar Petak Suisse Fine Gold 1Kg
– Satu Ketul Gold Coin 999 Fine Gold 5 Grams
– Satu Ketul Silver Bar Petak Suisse Fine Silver 100G
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima dan denda maksimum RM100,000. – UTUSAN










