Hutan 0.4 hektar di Puchong Jaya terbakar

Hutan 0.4 hektar di Puchong Jaya terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hutan seluas kira-kira 0.4 hektar berhampiran sebuah restoran di Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya, di sini, terbakar semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pada 2.35 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong tiba di lokasi pada 2.42 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati berlaku kebakaran membabitkan kawasan hutan dengan anggaran keluasan  kira-kira 0.4 hektar.

“Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini