Risiko jerebu merentas sempadan meningkat susulan El Nino

Risiko jerebu rentas sempadan meningkat susulan El Nino

ARTHUR JOSEPH KURUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Risiko pencemaran jerebu merentas sempadan meningkat susulan cuaca kering berterusan di kawasan selatan rantau ASEAN, selain fenomena El Nino yang dijangka beransur menguat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pemantauan kementerian terhadap perkembangan meteorologi semasa mendapati keadaan cuaca kering telah menyebabkan peningkatan aktiviti titik panas dan jerebu di rantau berkenaan.

“Keadaan ini berisiko menjadi lebih meluas berikutan fenomena El Nino yang dijangka akan beransur menguat dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, risiko jerebu merentas sempadan memerlukan kesiapsiagaan kolektif dan kewaspadaan tinggi di peringkat serantau.

Katanya, Malaysia komited terhadap aspirasi bersama untuk mencapai rantau ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

“Pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan perlu ditangani secara kolektif menerusi tindakan pencegahan, kesiapsiagaan nasional dan pemantauan berterusan berteraskan prinsip Perjanjian AATHP,” katanya.

ADS:D

Dalam pada itu, Arthur berkata, semua negara anggota ASEAN digesa meningkatkan kawalan dan kesiapsiagaan dengan mengekalkan pemantauan rapi di kawasan berisiko tinggi serta mempertingkatkan pengawasan titik panas.

Katanya, penguatkuasaan terhadap pematuhan larangan pembakaran terbuka dan kesiapsiagaan operasi pemadaman kebakaran yang efisien turut perlu diperkasakan bagi mengelakkan insiden kebakaran daripada melarat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN