Trump hanya bergurau mahu Selat Hormuz jadi milik AS - Utusan Malaysia

Trump hanya bergurau mahu Selat Hormuz jadi milik AS

IRAN membidas dakwaan Donald Trump mahu ‘menawan’ Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran pada Sabtu membidas dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa beliau akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada wilayah AS tidak lama lagi,

Trump berulang kali menegaskan bahawa selat tersebut, yang ditutup oleh Teheran pada permulaan perang di Asia Barat pada akhir Februari, berada di bawah kawalan AS walaupun trafik perkapalan masih terhad.

Namun, Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi menulis  di platform X: “Selat Hormuz telah menjadi milik Iran, kini milik Iran dan akan kekal milik Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selat ini hanya akan ditutup dan dibuka atas arahan Iran.

Trump memberitahu satu perhimpunan politik di negeri New York pada Jumaat bahawa selepas AS menewaskan Iran, tidak lama lagi beliau akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah Amerika.

Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih yang namanya tidak didedahkan kemudian menjelaskan bahawa Trump hanya bergurau, lapor The Wall Street Journal.

Minggu lalu, seorang pegawai kanan Iran mengemukakan beberapa syarat untuk membuka semula selat itu, termasuk penamatan perang dan pencerobohan terhadap negara itu serta sekutunya di Lubnan, Palestin, Yemen termasuk  Iraq.

Pegawai itu, Mohammad Bagher Zolghadr turut menuntut penamatan sekatan yang melumpuhkan ekonomi negara tersebut, pembebasan aset Iran yang dibekukan dan pampasan bagi kerosakan akibat perang.

Ketika usaha diplomasi antara dua negara yang telah lama bermusuhan itu terbantut, serangan di Selat Hormuz terus berlaku, sekali gus menonjolkan risiko berterusan terhadap perkapalan serantau. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN