Swiatek semakin hampiri gelaran juara

Swiatek semakin hampiri gelaran juara

Iga Swiatek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Bintang tenis dari Poland, Iga Swiatek menempah tiket ke final WTA pertamanya tahun ini selepas menundukkan Elina Svitolina 6-3, 1-6, 6-3 dalam aksi separuh akhir di Toronto, Kanada, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Swiatek memperbaiki rekod pertemuan dengan Svitolina kepada 5-3, selepas pemain Ukraine itu sebelum ini mencatatkan dua kemenangan ke atasnya pada tahun ini.

Swiatek yang juga pilihan ketujuh kejohanan akan berdepan pilihan keempat, Coco Gauff dari Amerika Syarikat atau pilihan kedua, Elena Rybakina dari Kazakhstan pada aksi final, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menentang Elina sentiasa sukar, jadi saya gembira kerana berjaya memenangi perlawanan ini.

“Terutamanya apabila saya dapat bangkit pada set ketiga dan bermain dengan lebih baik. Itu pastinya satu peningkatan besar dan saya bangga dengan diri sendiri,” kata Swiatek. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN