Atlet muda hasilkan minuman hidrasi

Atlet muda hasilkan minuman hidrasi

SALIM SACOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengalaman menjalani latihan olahraga dalam cuaca panas di Dubai memberi ilham kepada remaja ini untuk menghasilkan jenama hidrasi sendiri.

Sebagai atlet, Salim Sacoor Jr., 15, menyedari kepentingan pengambilan air yang mencukupi bagi membantu mengekalkan tenaga dan prestasi.

Kesedaran itu mendorongnya mengasaskan S10 dengan visi ‘fuel the athlete within’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, matlamat S10 bukan sekadar menyediakan penyelesaian hidrasi untuk individu aktif, malah menjadi platform untuk memberi kembali kepada komuniti sukan.

“Saya percaya sukan dan komuniti saling berkait, sebab itu sebahagian daripada hasil jualan disalurkan kepada inisiatif kesihatan, pemulihan dan rehabilitasi,” katanya.

Terbaharu, Salim menyumbangkan RM15,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Ortopedik, Pusat Perubatan Sunway bagi membiayai kos fisioterapi dan rehabilitasi atlet muda yang menghadapi kekangan kewangan.

Sumbangan itu sekali gus dapat menyokong proses pemulihan mereka agar dapat kembali aktif dalam sukan.

Kerjasama Montigo

Salim juga menjalin kerjasama dengan jenama peralatan minuman gaya hidup, Montigo, menghasilkan koleksi eksklusif botol berprestasi tinggi.

Botol berkenaan direka untuk keperluan individu aktif dengan ciri seperti cengkaman anti-gelincir, ergonomik dan warna reflektif cahaya.

Ia turut dilengkapi teknologi penebat vakum dinding berganda dan penyedut minuman aliran tinggi.

Ia tampil dalam 10 pilihan warna seperti candy pop, blue coral, cloudy lilac, scandy yellow, lava rock dan electric pink.

Menariknya, penutup dan botol boleh ditukar ganti mengikut kombinasi warna kegemaran pengguna.

Koleksi S10 x Montigo kini boleh didapati di seluruh Asia Tenggara menerusi laman web rasmi Montigo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×