Bapa lelaki autistik tuntut permohonan maaf Matt Rife - Utusan Malaysia

Bapa lelaki autistik tuntut permohonan maaf Matt Rife

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Keluarga lelaki autistik yang menjadi mangsa buli (siber) Matt Rife, tampil menuntut permohonan maaf daripada pelawak terkenal tersebut.

Bapa mangsa, Kevin Mac memberitahu bahawa anaknya, chris yang bersedih dengan respon Matt, tidak berniat negatif dan sekadar meluahkan kebimbangan apabila melarangnya untuk meletakkan patung Anabelle yang dimilikinya di kawasan terbuka di dalam Muzium Berhantu Keluarga Warren.

Kevin menambah keluarganya turut kecewa dengan respon Rife terhadap komen anaknya itu yang dianggap berbaur provokasi.

“Anak saya adalah lelaki ‘istimewa’, dia terasa apabila dimalukan secara terbuka,” katanya.

Terdahulu, Matt menerima kecaman hebat daripada warganet selepas memanggil remaja autistik itu sebagai lelaki yang menjengkelkan selain menyarankannya menamatkan kehidupannya susulan komen yang melarang beliau meletakkan patung Anabelle di kawasan terbuka dalam muzim berkenaan.

“Tuan, anda adalah lelaki menjengkelkan yang tidak memiliki kehidupan. Sila lenyapkan diri anda dari muka bumi ini. Tiada siapa membaca komen anda di ruangan ini dan tiada siapa yang peduli tentang anda.

“Kami sudah menjual ribuan tiket, sekarang anda saksikan bagaimana saya menyekat anda dari platform ini,” ujarnya.

Lebih mengejutkan lagi apabila Rife enggan memohon maaf atas komen tersebut.

Matt dan rakannya, Elton Castee mengenakan bayaran masuk ke Rumah Berhantu Warren sehingga RM678. Tindakan mereka itu menerima bantahan daripada komuniti paranormal di Amerika Syarikat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×