Tentera AS alih beberapa pesawat dari lapangan terbang Israel - Utusan Malaysia

Tentera AS alih beberapa pesawat dari lapangan terbang Israel

GAMBAR fail beberapa pesawat tentera Amerika di Lapangan Terbang Ben Gurion dekat Tel Aviv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mula mengalihkan sebahagian pesawat pengisi minyak udara dari Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv bagi mengurangkan tekanan terhadap operasi lapangan terbang ketika musim perjalanan puncak, menurut laporan media Israel pada Khamis.

Langkah itu dibuat selepas Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev mendesak pegawai keselamatan supaya mengalihkan pesawat berkenaan bagi memastikan lapangan terbang itu dapat beroperasi dengan lancar dalam tempoh yang merupakan antara musim paling sibuk, menurut laporan saluran televisyen Channel 12 Israel.

Tiada ulasan segera daripada pihak berkuasa Israel atau AS berhubung laporan tersebut.

Kehadiran pesawat pengisi minyak udara milik AS di Lapangan Terbang Ben Gurion sebelum ini mencetuskan perdebatan di Israel mengenai kesannya terhadap pergerakan penerbangan awam.

Pesawat-pesawat berkenaan telah ditempatkan di lapangan terbang itu sejak kempen ketenteraan AS-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Februari.

Jumlah pesawat pengisi minyak udara yang ditempatkan di lapangan terbang tersebut tidak didedahkan dan masih belum jelas ke mana pesawat-pesawat itu akan dipindahkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×