Tiga anggota Balai Polis Weston maut kena renjatan elektrik

Tiga anggota Balai Polis Weston maut kena renjatan elektrik

Pasukan bomba dan polis mengangkat mayat tiga anggota polis yang menjadi mangsa renjatan elektrik dalam kejadian bertempat di Jalan Weston, Kampung Weston - ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang itu, ketiga-tiga mangsa yang merupakan anggota Balai Polis Weston disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa berusia antara 26 hingga 40 tahun itu terdiri daripada dua Koperal dan seorang Lans Koperal.

Utusan Malaysia difahamkam mangsa-mangsa berasal dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 5.56 petang.

Susulan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.

Maklumat awal mendapati ketiga-tiga mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di lokasi kejadian. Bagaimanapun, punca sebenar insiden masih dalam siasatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×