Pelantikan MB Negeri Sembilan ikut tatacara

Pelantikan MB Negeri Sembilan ikut tatacara

ISMAIL Lasim ketika ditemui pemberita di Pejabat Menteri Besar, di Wisma Negeri, Seremban, hari ini. - UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad lalu telah mengikut tatacara yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Datuk Ismail Lasim berkata, dakwaan bahawa terdapat campur tangan pihak luar dalam pelantikan jawatannya itu adalah tidak benar.

“Saya tidak berapa mengikuti perkara itu tetapi saya rasa tatacaranya telah diikuti dengan betul.

“Tatacara pelantikan telah diikuti dengan betul. Lain daripada itu saya tiada komen,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh.

Ismail ditemui pemberita selepas memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang mempersoalkan proses pelantikannya ke jawatan berkenaan.

Menurut Rais, wujud campur tangan pihak luar dalam urusan adat serta Perlembagaan Negeri Sembilan termasuk dalam pelantikan Menteri Besar.

Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kesembilan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada Ahad lalu.

Pelantikan itu dibuat selepas gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung pada 1 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×