Sepanyol pasang penghadang laut terapung halang kemasukan pendatang - Utusan Malaysia

Sepanyol pasang penghadang laut terapung halang kemasukan pendatang

PENGHADANG laut terapung ditempatkan di luar pantai Ceuta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CEUTA: Angka korban meningkat kepada 67 orang manakala sekurang-kurangnya 70 pendatang ditahan apabila tentera Sepanyol mula memasang penghadang laut terapung sepanjang 487 meter di luar pesisir pantai Ceuta pada Sabtu.

Ia adalah  bagi mengekang gelombang ribuan pendatang dari Maghribi.

Adalah dianggarkan 50,000 pendatang menceroboh wilayah kecil Sepanyol di Afrika Utara itu sepanjang krisis yang bermula pada Khamis, sekali gus mencabar keupayaan pihak berkuasa tempatan.

Sebahagian pendatang lemas di Laut Mediterranean, manakala yang  lagi terkorban akibat insiden rempuhan maut di pos kawalan sempadan.

Ia sekali gus mendorong Sepanyol mengisytiharkan darurat kebangsaan dan menggerakkan pasukan penguat kuasa undang-undang untuk menghantar semula ribuan pendatang merentasi sempadan.

Tentera Laut Sepanyol memasang penghadang terapung itu di antara Pantai Tarajal di Ceuta dan Maghribi yang mengandungi jajaran pelampung keselamatan dengan ketinggian permukaan 30 hingga 70 sentimeter.

Sebahagian pendatang diangkut ke sempadan menggunakan bas manakala yang lain dipindahkan dengan kenderaan polis, lapor akhbar Sepanyol.

Bagaimanapun, beberapa percubaan merentasi sempadan masih dilaporkan sepanjang tengah hari Sabtu meskipun dengan kehadiran anggota tentera di laut.

Ramai imigran yang mahu memasuki wilayah Sepanyol untuk mencari pekerjaan.

“Kami mahu pergi ke Sepanyol dan bekerja di sana kerana kemiskinan di Maghribi,” kata wanita berusia 45 tahun itu yang berasal dari Tangier. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×