Gelombang biru dan ‘biru pekat’ diteruskan ke PRN Melaka - Ahmad Zahid

Gelombang biru dan ‘biru pekat’ diteruskan ke PRN Melaka – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) pada sidang media keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Wisma UMNO Seremban di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan persefahaman antara gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan kejayaan kedua-dua pihak di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, mandat yang diterima di Negeri Sembilan merupakan kesinambungan daripada kemenangan di Johor dan diyakini mampu memperkukuh sokongan rakyat menjelang pilihan raya negeri seterusnya.

“Mandat dan keputusan ini akan terus membawa satu gelombang bagi kami meneruskan gelombang biru dan biru pekat yang telah bermula di Negeri Johor.

“Insya-Allah ia akan menular ke negeri Melaka,” katanya selepas pengumuman keputusan PRN Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, BN memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN menguasai tujuh DUN.

Gabungan 25 kerusi itu memberikan kedua-dua parti majoriti melebihi dua pertiga dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×