Wanita cedera jatuh perigi sedalam 5.48 meter

Wanita cedera jatuh perigi sedalam 5.48 meter

SEORANG wanita cedera selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Bata, Chicha, Pasir Mas, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang wanita cedera selepas terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Kampung Bata Chicha Tinggi di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan I Asraf Mat Naizi berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.50 pagi.

Katanya, setiba dilokasi anggota bertugas mendapati seorang wanita berusia 56 tahun telah jatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 5.48 meter.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat khas seperti tali untuk menyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Asraf memberitahu, mangsa telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×