Lelaki maut dipercayai terjun dari pusat beli belah

Lelaki maut dipercayai terjun dari pusat beli belah

Lelaki terjun dari pusat beli belah
PENGUNJUNG Klang Parade gempar apabila terdapat seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan tersebut dekat Jalan Meru, Klang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli belah, Klang Parade dekat Jalan Meru di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11 pagi melibatkan mangsa berusia 30-an.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tempat kejadian merupakan kaki lima bangunan Klang Parade yang mempunyai empat tingkat tempat letak kenderaan. Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur 30-an.

“Dia dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan tersebut dan ditemui dalam keadaan terlentang serta tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian di hantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat.

Ramsay kemudian meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang Inspektor Mohamad Hadir Hassan ditalian 012-2134515.

Terdahulu kejadian tersebut menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan sehingga tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN