Pulihara pokok merbau era prakemerdekaan - Utusan Malaysia

Pulihara pokok merbau era prakemerdekaan

ABDUL Majid Hussin berada di pangkal pokok merbau yang berusia seabad di Kampung Kuala Keloi di Raub, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Berusia hampir seabad, berketinggian kira-kira 50 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya empat pemeluk manusia untuk mengelilingi ukur lilit batangnya sepanjang 5.2 meter.

Itu keunikan luar biasa sebatang pokok merbau yang tumbuh di atas tanah rizab Jabatan Kerja Raya (JKR) berdekatan Kampung Kuala Keloi di sini.

​Istimewanya, pokok yang dipercayai tumbuh secara semula jadi sejak era prakemerdekaan itu kini tidak lagi terbiar. Ia secara rasmi ‘diangkat’ sebagai Projek Konservasi Pokok Kebangsaan menerusi Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) hasil inisiatif Pejabat

Hutan Raub dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Keloi.

​Pelancaran simbolik projek pemuliharaan warisan alam itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal sempena Program Kita Cakna 2.0.

​Pengerusi JPKK Kuala Keloi, Abdul Majid Hussin berkata, khazanah bernilai itu adalah satu-satunya spesies merbau gergasi yang ditemukan hidup subur di kawasan berkenaan berdasarkan cerita lisan generasi terdahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×