Pelajar perubatan persendirian bebas pilih universiti di Mesir - Utusan Malaysia

Pelajar perubatan persendirian bebas pilih universiti di Mesir

GAMBAR HIASAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka belajar di universiti di luar negara atau dalam negara sekali pun.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, sekian lama ibu bapa mempunyai kebebasan memilih manakala yang berkemampuan, mereka boleh membayar yuran pengajian institut pengajian tinggi (IPT) di mana-mana negara.

Katanya, semua IPT terma­suk di luar negara mempunyai syarat tersendiri, walaupun sya­rat minimum, seseorang itu bo­leh belajar di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia berbeza dengan pelajar Malaysia yang mendapat biasis­wa kerajaan, maka, sudah pastinya, pelajar itu dihantar ke IPT pilihan mereka yang mempu­nyai pengiktirafan kerajaan dan agensi berkaitan.

“Bagi mereka yang pergi sendiri, pilihan di tangan masing-masing kerana ada yang memakai ejen, ada yang ‘walk in’ dan ada yang mendaftar ketika pameran pendidikan di negara itu. Namun, masalah timbul apabila IPT itu tidak diiktiraf Malaysia, maka pelajar persendirian ini menghadapi ma­salah melibatkan syarat di negara ini,” katanya semalam.

Beliau mengulas isu pelajar perubatan di Mesir yang berkemungkinan tidak dapat menjadi pengamal perubatan di negara ini.

Kata sumber itu, ramai salah faham apabila melibatkan pe­lajar tempatan yang menyam­bung belajar di luar negara maka individu itu di bawah KPT sedangkan sempadan negara terbuka untuk sesiapa sahaja.

“Ada pergi melancong, ada yang jumpa keluarga, ada yang per­gi mencari peluang malah yang pergi belajar guna duit sen­diri pun ramai,” katanya.

Beliau berkata, seperti dalam isu pendidikan maka sudah pasti pelajar yang di bawah agensi kerajaan dijamin segala aspek terutama aspek kelayakan.

“Bagi mereka yang pergi sendiri pula, risiko ditanggung sendiri kerana ada yang tidak melaporkan aktiviti mereka di kedutaan tetapi muncul apabila berlaku masalah seperti sekarang,” katanya.

Ujarnya, ramai pelajar per­sendirian memohon ke universiti di luar negara tetapi ia berbeza jika mahu masuk universiti awam di bawah KPT, ia perlu melalui saluran ditetapkan namun jika masuk IPT swasta, mereka mohon secara terus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini