Gempa bumi: Hampir tujuh juta penduduk terkesan di Venezuela - Utusan Malaysia

Gempa bumi: Hampir tujuh juta penduduk terkesan di Venezuela

LAMPU sebuah trak pikap digunakan bagi mencari mangsa gempa bumi di Caraballeda. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu menganggarkan hampir tujuh juta penduduk dijangka terkesan akibat bencana gempa bumi berkembar di Venezuela yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 nyawa dan menyebabkan puluhan ribu yang lain hilang.

Agensi penghijrahan PBB memaklumkan, berdasarkan penilaian data penduduk dan kerosakan semasa, pihaknya mendapati sehingga 6.76 juta orang mungkin terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Venezuela pada 24 Jun lalu.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) di bawah PBB itu dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa unjuran tersebut termasuk sehingga dua juta penduduk di bandar raya Caracas sahajamenunjukkan kesan kemanusiaan yang amat besar akibat bencana berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian gempa bumi berkembar bermagnitud 7.2 dan 7.5 pada Rabu lalu telah menyebabkan deretan bangunan apartmen ranap sama sekali di La Guaira, sebuah kawasan yang terletak di utara Caracas.

Menurut IOM, pihaknya telah bekerjasama dengan Microsoft AI for Good Lab bagi menjalankan analisis awal pemetaan satelit, yang menunjukkan sebanyak 31.5 peratus bangunan di bandar Catia La Mar mengalami kerosakan teruk.

Agensi itu menambah, penilaian sedemikian amat membantu pasukan kemanusiaan untuk mengenal pasti komuniti yang paling terjejas sekali gus membolehkan mereka menetapkan keutamaan dalam menyalurkan bantuan kecemasan meskipun penilaian di tapak bencana masih berjalan.

“Tempoh beberapa jam dan hari pertama selepas berlakunya bencana adalah fasa yang paling penentu. Ia mencorakkan segala gerak kerja yang menyusul selepas itu,” kata Ketua IOM, Amy Pope dalam kenyataan berkenaan.

Beliau turut menambah bahawa IOM kini sedang mempertingkatkan operasi dengan segera di mana barangan bantuan yang telah disediakan kini mula diagihkan. 

Pihaknya juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan serta rakan kongsi lain bagi menyediakan pusat perlindungan kecemasan, bekalan asas serta bantuan perlindungan.  -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini