Benarkan graduan perubatan Mesir sambung di universiti tempatan - Utusan Malaysia

Benarkan graduan perubatan Mesir sambung di universiti tempatan

Pelaksanaan undi pos dalam kalangan penuntut universiti boleh menyuburkan sistem demokrasi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Graduan jurusan perubatan dari tujuh universiti di Mesir yang gagal memenuhi syarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) wajar diberi peluang menyambung pengajian mereka di universiti tempatan.

Cadangan itu dikemukakan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar usaha selama bertahun-tahun dan kos pengajian mencecah ratusan ribu ringgit yang dibayar kepada institusi pengajian yang tidak meme­nuhi piawaian ditetapkan MPM, tidak sia-sia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden MMA, Datuk Dr. M. Subramaniam berkata, mereka perlu diberi peluang untuk memperbaiki kelompangan yang berlaku termasuk membabitkan ketidakpatuhan aspek kokurikulum seperti di­gariskan badan berkenaan.

Katanya, soal itu termasuklah syarat kelayakan tempoh tahun dan piawaian tertentu.

“Misalnya jika mereka belajar lima tahun dan tidak cukup enam tahun, kami mencadangkan untuk sambung setahun lagi di universiti dalam negara ini bagi memenuhi syarat MPM,’’ katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, Presiden MPM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan di tujuh universiti Mesir wajib memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

Universiti yang terlibat ialah Universiti Iskandariah, Universiti Ain Shams, Universiti Cairo, Universiti Tanta, Universiti Mansoura, Universiti Zagazig dan Universiti Al-Azhar.

Dr. Subramaniam menambah, kegagalan lepasan jurusan perubatan untuk mematuhi syarat kelayakan ditetapkan MPM menyebabkan mereka tidak boleh langsung menjadi pengamal perubatan atau bergelar doktor.

Katanya, mereka yang terlibat hanya boleh melakukan kerja penyelidikan sahaja walaupun memegang ijazah sarjana muda perubatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×