‘Di laluan mudah pun pendaki boleh tersesat’

‘Di laluan mudah pun pendaki boleh tersesat’

AZIZUL Abdul Aziz menunjukkan gambar anaknya, Nur Izzati Humaira yang ditemukan meninggal dunia selepas hilang semasa mendaki Bukit Changkat Asa di Hulu Selangor bulan lalu. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Azizul Abdul Aziz, 43, tidak menduga aktiviti rekreasi keluarganya mendaki Bukit Changkat Asa di Hulu Selangor bulan lalu berakhir tragedi apabila anaknya, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan meninggal dunia selepas empat hari hilang semasa mendaki bukit tersebut.

Menurutnya, kejadian yang menimpa anaknya itu merupakan tragedi buat mereka sekeluarga dan tidak menyangka anaknya boleh hilang di kawasan kawasan bukit yang tahap pendakiannya tidak ekstrem.

Katanya, kejadian itu membuktikan tersesat semasa mendaki tidak hanya berlaku di gunung yang tahap pendakian yang ekstrem tetapi juga di trek mendaki yang pendek seperti di Bukit Changkat Asa juga boleh tersesat.

“Bagi orang awam, untuk naik ke Bukit Changkat Asa tidak ada masalah, sebab saya sudah naik dan memang laluannya mudah. Saya bertanya kepada orang yang mendaki di situ, mereka kata kalau mereka hiking pun, mereka bawa anak yang pada usia sekolah rendah tiada masalah, malah anak-anak mereka jalan dahulu di hadapan.

“Maksudnya mereka yakin tempat itu tidak akan sesat, laluannya terlalu pendek. Laluan yang sama digunakan untuk naik dan turun bukit. Kebarangkalian untuk hilang agak rendah.

“Namun inilah hakikatnya di bukit yang kita anggap selamat pun boleh hilang dan lebih menyayat hati dalam kes anak saya, dia ditemukan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Felda Trolak Utara di sini.

Dalam pada itu, Azizul berkata, secara peribadi dia tidak menolak kehilangan pendaki ada kaitan dengan alam ghaib.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×