Kastam Narathiwat rampas 14 tan daging sejuk beku negara jiran

Kastam Narathiwat rampas 14 tan daging sejuk beku dari negara jiran

PASUKAN Kastam Wilayah Narathiwat menunjukkan 14 tan metrik daging sejuk beku yang diseludup dari Malaysia dalam satu operasi di Daerah Tak Bai, Narathiwat, Thailandi. - IHSAN KASTAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Kastam Wilayah Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup 14 tan metrik daging sejuk beku dari negara jiran di tepi jalan di Mukim Khosit, Tak Bai, kelmarin.

Rampasan pukul 12 te­ngah malam itu membawa kepada rampasan berjumlah RM378,133.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penindasan Kastam Wilayah Narathiwat, Ekwut Na-ek berkata, semasa serbuan dilakukan pihaknya mendapati sebuah kenderaan yang diletakan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menemukan kira-kira 14,000 kilogram daging sejuk beku yang dibungkus dalam beg bertulisan asing.

“Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan dan kami menjalankan siasatan mengikut Akta Kastam B.E. 2560 (2017) kerana mengimport barang ke dalam kerajaan tanpa melalui prosedur kastam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ekwut berkata, siasatan awal mendapati daging sejuk beku yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran sekitar Wilayah Narathiwat, Pattani dan Songkhla. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×