Angkat martabat bidan ke tahap profesional

Angkat martabat bidan ke tahap profesional

SHANNON Eu (duduk, tengah) bersama sebahagian 80 bidan dari Malaysia dan Singapura ketika program iBidan Postnatal Excellence Recognition di Yunnan, China baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ibu selepas bersalin memerlukan penjagaan rapi bukan sahaja dari segi fizikal, malah emosi.

Fasa ini amat penting bagi memastikan ibu kembali sihat selepas melalui proses kehamilan dan kelahiran yang mencabar.

Seiring keperluan itu, platform iBidan tampil sebagai penghubung antara ibu dan bidan berpengalaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasasnya, Shannon Eu berkata, inisiatif itu bertujuan menyediakan sistem penjagaan pemulihan selepas bersalin yang lebih tersusun dan dipercayai.

Katanya, walaupun ramai bidan berpengalaman dan berkemahiran tinggi, tetapi mereka masih belum diberi pengiktirafan sewajarnya sebagai satu profesion.

“Golongan ini sukar dilihat, dihargai dan diketengahkan, sedangkan peranan mereka amat besar dalam membantu ibu melalui fasa pemulihan selepas bersalin.

“Lebih-lebih lagi, kebanyakan ibu selepas bersalin berdepan cabaran mendapatkan penjagaan yang sesuai dengan keperluan fizikal, emosi dan pemulihan mereka,” katanya.

Sejak dibangunkan hampir dua dekad lalu, iBidan telah berkembang di Malaysia dan Singapura dengan lebih daripada 500 Bidan dalam rangkaian platformnya di samping mencatatkan lebih daripada 100,000 perkhidmatan pemulihan selepas bersalin.

Menurut Shannon, fokus utama iBidan bukan sekadar pertumbuhan pelanggan, tetapi membangunkan satu ekosistem pemulihan selepas bersalin yang lebih sistematik, profesional dan berdaya saing.

Selain gabungan kaedah tradisional dengan pendekatan teknologi seperti ABE Technology, iBidan turut membangunkan sistem penilaian seperti kadar pelanggan berulang, kualiti perkhidmatan dan profil profesional.

“Kami mahu membantu ibu mencari bidan yang sesuai dan dalam masa sama membantu kerjaya ini berkembang sebagai satu bidang yang lebih dihormati,” katanya.

Baru-baru ini, iBidan turut membawa kira-kira 80 peserta dari Malaysia dan Singapura ke Yunnan, China bagi menghadiri iBidan Postnatal Excellence Recognition serta sesi pertukaran pengalaman profesional rentas negara.

Program tersebut bukan sekadar perjalanan penghargaan, tetapi untuk mengiktiraf bidan yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten dan tahap kepercayaan pelanggan yang tinggi dalam platform itu.

Majlis tersebut turut menghimpunkan bidan berprestasi tinggi, dengan kadar kehadiran penerima pengiktirafan mencecah 88 peratus.

Shannon berkata, pengiktirafan itu amat penting kerana ramai bidan bekerja keras setiap hari demi membantu ibu melalui proses pemulihan selepas bersalin.

“Besar harapan saya satu hari nanti, bidang bidan akan dipandang sebagai satu kerjaya profesional yang mempunyai nilai, maruah dan masa depan lebih besar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai servis iBidan, latar belakang syarikat atau pendaftaran sebagai bidan, layari laman web https://ibidan.com.sg https://ibidan.com.sg/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini