Hujan sekat kelajuan Hakim Danish

Hujan sekat kelajuan Hakim Danish

Hakim Danish (No.13) berlumba dalam hujan pada Grand Prix Perancis di Litar Le Mans, kelmarin. - Ihsan SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permukaan trek basah akibat hujan menyukarkan Hakim Danish Ramli untuk memecut lebih laju sebelum berpuas hati di kedudukan ke-10 dalam perlumbaan kelas Moto3 Grand Prix Perancis di Litar Le Mans, kelmarin.

Pelumba muda yang bernaung di bawah pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mencatat 25 minit 03.487 saat (s) dalam pelumbaan pusingan kelima yang dipendekkan kepada 13 pusingan ekoran hujan.

Bermula dari petak ke-12, Hakim Danish berhasil menokok enam mata dan mengekalkan kedudukan keseluruhannya di tangga ke-15 dalam senarai pelumba Moto3 dengan 18 mata.

Hakim Danish berkata, dia bermula baik sewaktu di awal perlumbaan, tetapi, untuk mengekalkan kedudukannya dalam kelompok hadapan agak sukar.

“Untuk perlumbaan, hari ini (kelmarin), dalam keadaan hujan di mana saya berjaya bermula dengan baik dan saya cuba berada dalam kelompok hadapan, tetapi, agak sukar kerana saya tak ada keyakinan sangat di dalam keadaan hujan,” katanya.

Bagaimanapun, anak jati Terengganu berusia 18 tahun itu tetap bersyukur kerana masih mampu melengkapkan aksinya di Le Mans dalam kelomok 10 terbaik dan sekali gus membawa pulang mata.

Jelas Hakim Danish, dia lebih rela memilih jalan selamat dengan mengekalkan kelajuan dan kedudukannya berbanding berdepan risiko kehilangan mata seandainya terjatuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×