PULO tolak dialog damai baharu jika hanya libatkan BRN

PULO tolak dialog damai baharu jika hanya libatkan BRN

KASTURI MAHKOTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) menolak run­dingan damai baharu antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) sekiranya proses itu tidak melibatkan kumpulan pe­misah lain.

Presidennya, Kasturi Mah­kota berkata, selain PULO, Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Islam Pattani (GMIP) perlu terlibat sama kerana keganasan di Selatan Thailand bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja.

“Saya bersetuju dengan pendapat bekas pemimpin PULO Samae Tananam yang menyatakan bahawa keganasan di Selatan Thai bukan disebabkan oleh mana-mana kumpulan tunggal atau semata-mata oleh pihak yang berbeza pendapat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rundingan damai telah berlangsung selama bertahun-tahun tetapi ia tidak berjaya. Ia bukan mudah kerana banyak negara yang alami konflik berjaya menyelesaikannya dan ada juga yang gagal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul melantik Pengarah Agensi Perisikan Negara, Thanat Suwannanon sebagai Ketua Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thailand (PEDP/RTG) menggantikan Jeneral Sommak Rungsita.

Proses dialog damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah Selatan Thai bermula sejak 2013 dengan Malaysia menjadi fasilitator.

Kasturi yang hadir simpo­sium antarabangsa mengenai isu minoriti di Turkiye berkata, beliau percaya kerajaan Thailand mesti bersedia membincangkan isu-isu politik yang tulen.

“Saya telah cadangkan banyak perkara kepada kerajaan untuk selesaikan masalah di wilayah sempadan selatan. Ini termasuk pengampunan kepada mereka yang dituduh dalam kes keselamatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini