Tumpahan minyak dikesan berhampiran Pulau Kharg

Tumpahan minyak dikesan berhampiran Pulau Kharg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tumpahan minyak besar-besaran dikesan berhampiran Pulau Kharg di Iran, terminal eksport minyak utama negara itu, dengan imej satelit menunjukkan kebocoran disyaki merebak di perairan Teluk, lapor akhbar Israel, Yedioth Ahronoth.

Laporan itu menyebut imej yang dirakam satelit Eropah Copernicus Sentinel-1, Sentinel-2 dan Sentinel-3 antara 6 hingga 8 Mei menunjukkan kesan yang dipercayai kebocoran minyak di bahagian barat dan barat daya pulau berkenaan.

Perbandingan visual antara imej satelit yang diambil pada 18 April dan imej lebih terkini pada 6 Mei menunjukkan bahan mencurigakan merebak di permukaan laut sejauh beberapa kilometer.

Imej tersebut turut memaparkan tompokan cerah di permukaan laut yang konsisten dengan ciri-ciri tumpahan minyak luar pesisir berdasarkan imejan satelit.

Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan memuncak di sekitar Selat Hormuz susulan pertukaran tembakan melibatkan pasukan Iran dan Amerika Syarikat (AS), selain kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan maritim dan bekalan tenaga di rantau berkenaan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×