Dhabitah berdepan risiko terlepas Sukan Asia

Dhabitah berdepan risiko terlepas Sukan Asia

Nur Dhabitah Sabri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri kini berdepan risiko besar terlepas Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya September ini apabila masih dibelenggu kecederaan yang belum menunjukkan tanda pemulihan meyakinkan.

Ketiadaan atlet berusia 27 tahun itu dalam sesi pemilihan kebangsaan baru-baru ini menguatkan lagi kebimbangan terhadap status sebenar kecergasannya menjelang temasya berprestij tersebut.

Pengarah Teknikal Terjun Negara, Yeoh Ken Nee mengesahkan Dhabitah menarik diri daripada pemilihan akibat kecederaan yang memaksanya berehat tanpa tempoh jelas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia cedera, sebab itu dia tarik diri daripada pemilihan,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Dhabitah untuk kembali cergas menjelang Sukan Asia, Ken Nee bagaimanapun enggan memberikan jaminan sambil menegaskan keadaan masih perlu dipantau.

“Kita harus tengok macam mana,” katanya.

ADS:D

Situasi itu menjadi lebih meruncing apabila seorang lagi penerjun papan anjal negara, Ong Ker Ying turut berdepan masalah kecergasan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Dalam masa sama, Lee Yiat Qing diberi peluang mengisi kekosongan dalam acara 3 meter papan anjal, namun gagal mencapai skor kelayakan minimum yang ditetapkan.

“Sebab itu kita letakkan Yiat Qing dalam acara papan anjal, tetapi malangnya dia tidak mencapai skor kelayakan minimum,” katanya.

Keadaan itu menyaksikan skuad wanita negara berdepan cabaran besar untuk bersaing dalam acara individu yang dijangka terus dikuasai penerjun China dan Korea Utara.

Justeru, Malaysia dijangka mengalihkan fokus kepada acara seirama sebagai peluang paling realistik untuk memburu pingat di pentas Sukan Asia kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN