Lelaki rugi RM738,950, terpedaya pelaburan AI

Lelaki rugi RM738,950, terpedaya pelaburan AI

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki kerugian sebanyak RM738,950 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa berusia 59 tahun tampil membuat laporan berhubung kejadian itu, semalam.

Menurutnya, mangsa mula terjebak dengan skim pelaburan kecerdasan buatan (AI) selepas diperkenalkan individu tidak dikenali menerusi WhatsApp pada Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa telah ditawarkan keuntungan lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit sekiranya menyertai pelaburan tersebut.

“Terpedaya dengan janji berkenaan, mangsa membuat lima transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun penerima berbeza dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM738,950,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, sindiket turut meminta mangsa membuat bayaran tambahan secara berperingkat kononnya bagi membolehkan keuntungan pelaburan berjumlah RM10 juta yang didakwa disekat dalam aplikasi berkenaan dikeluarkan.

“Mangsa bagaimanapun mula menyedari ditipu apabila gagal menerima sebarang pulangan selain tidak dapat mengeluarkan wang pelaburan tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini