Himpunan Tangkap Azam Baki: Rafizi dakwa ada cubaan seludup plakad propaganda

Himpunan Tangkap Azam Baki: Rafizi dakwa ada cubaan seludup plakad propaganda

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa terdapat cubaan menyeludup plakad berunsur propaganda dalam perhimpunan yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Rafizi berkata, plakad berkenaan dipercayai bertujuan menggambarkan seolah-olah perhimpunan tersebut mempunyai agenda peribadi untuk beliau menjadi Perdana Menteri.

“Tindakan tersebut disifatkan sebagai kreatif, namun dalam masa sama menyindir pihak terbabit supaya menggunakan gambar yang lebih terkini.

“Konon untuk menunjukkan demo ini untuk tujuan peribadi saya nak jadi PM. Kreatif diorang ni. Lain kali cari gambar yang terkini dan lebih kurus,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Rafizi meminta orang ramai yang hadir supaya menasihati pihak yang membawa plakad berunsur propaganda agar menurunkannya secara baik.

“Petang ini, kalau nampak plakad-plakad propaganda macam ini, tolong nasihat baik-baik minta turunkan.

“Perhimpunan berkenaan tidak mempunyai agenda politik dan bukan untuk kepentingan mana-mana individu atau parti. Ia hanya luahan segelintir rakyat yang kecil, yang mahu Malaysia lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×