Guru, ibu tunggal antara 156 ditahan positif dadah di Terengganu

 Guru, ibu tunggal antara 147 ditahan positif dadah di Terengganu

ARZMI Abdullah (kanan) memeriksa sebahagian individu yang disyaki penagih dadah dalam Op Perdana di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal anak tiga antara yang ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kemaman, dekat sini selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Wanita berusia 34  yang tidak bekerja itu ditahan di kediamannya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman dalam operasi hari ini. Difahamkan, suspek sudah dua tahun terjebak dengan penagihan dadah.

Pengarah AADK Terengganu, Arzmi Abdullah berkata, wanita tersebut pernah dipenjarakan sebelum ini di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 12(2) berkaitan kesalahan dadah.

“Bagaimanapun, ia kembali berulang apabila ditahan sekali lagi dalam operasi hari ini. Di Marang pula, seorang guru berusia 50 tahun  ditahan selepas hadir ke Pejabat AADK Marang. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine. 

“Turut ditahan seorang  pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas dikesan positif dadah jenis sama. Remaja tersebut dipercayai mula menagih dadah sejak usia 16 tahun dan ditahan di sebuah bangsal baja di Bukit Sawa. Hasil siasatan mendapati penagihan berpunca daripada pengaruh rakan serta masalah keluarga,” katanya selepas Op Perdana  AADK Terengganu.

Arzmi berkata, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun turut ditahan di Kemasek, Kemaman selepas didapati positif methamphetamine.

Katanya, seramai 156 individu telah ditahan dalam operasi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×