Aplikasi mesra akses bantu OKU penglihatan tempah e-hailing secara berdikari

Aplikasi mesra akses bantu OKU penglihatan tempah e-hailing secara berdikari

SYED Abdul Syarif (tengah), bersama ahli Persatuan Orang Buta Malaysia memperkenalkan teknologi voice talkback bagi membantu golongan cacat penglihatan menempah perjalanan secara berdikari dalam Seminar Mobiliti Inklusif 2026 di Wisma SBM baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maxim E-Hailing Malaysia dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Malaysia memperkenalkan teknologi voice talkback bagi membantu golongan cacat penglihatan menempah perjalanan secara berdikari dalam Seminar Mobiliti Inklusif 2026 di Wisma SBM baru-baru ini.

Inisiatif itu menghimpunkan kira-kira 40 peserta, dengan fokus kepada penggunaan aplikasi e-hailing menerusi sokongan pembaca skrin dan arahan suara.

Ketua Bahagian Kuala Lumpur Maxim E-Hailing Malaysia, Syed Abdul Syarif berkata, teknologi mesra akses perlu dijadikan standard bagi memastikan pengguna cacat penglihatan dapat menggunakan aplikasi secara yakin dan berdikari.

“Seminar ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menjadikan mobiliti harian lebih inklusif dan memperkasa semua,” katanya dalam seminar tersebut.

Salah seorang peserta yang terlibat dalam demonstrasi langsung, Farahin, berkata, dia berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman membuat tempahan secara berdikari semasa demonstrasi langsung dengan bimbingan daripada pihak Maxim.

“Ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya, kerana ia menunjukkan bahawa saya mampu menavigasi aplikasi dan menguruskan perjalanan sendiri dengan lebih yakin,” katanya.

Dalam masa yang sama, satu simulasi perjalanan yang diselia turut dijalankan dengan penglibatan seorang pemandu Maxim yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Society of the Blind in Malaysia, Dr Ahmad Shamsuri berkata, beliau amat menghargai komitmen Maxim E-Hailing Malaysia atas kesediaan bekerjasama dalam memperkasa mobiliti inklusif.

“Usaha berterusan dalam menambah baik perkhidmatan digital bagi komuniti cacat penglihatan adalah sesuatu yang menggalakkan, selain inisiatif seumpama itu memberi pendedahan bermakna serta membantu ahli membina keyakinan untuk bergerak secara berdikari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×