Tujuh lelaki tidak mengaku berlagak wanita

Tujuh lelaki tidak mengaku berlagak wanita

SALAH seorang lelaki (kanan) yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, Kelantan atas pertuduhan berlagak seperti perempuan.- UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sinii atas tuduhan berlagak seperti perempuan dengan berpakaian wanita di dalam dewan serbaguna sebuah apartmen di Jalan Mahmood di sini, tahun lalu.

Ketujuh-tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 30 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan di depan Hakim Syarie, Zahari Mohd. Yusoff.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berlagak seperti perempuan dengan memakai pakaian wanita, berskirt pendek paras paha, berkasut tumit tinggi, berseluar ketat dan berambut sanggul.

Kesalahan didakwa dilakukan mereka di dalam dewan serbaguna sebuah apartmen di Jalan Mahmood di sini kira-kira pukul 11 malam, 30 Mei 2025.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang memperuntukkan hukuman den­da maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan, Shamsiah Hassan manakala kesemua tertuduh diwakili peguam syarie, Muhammed Syarafi Mohd. Salleh, Mohd. Faqqhuruddin Mohd. Nasir dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani.

Mahkamah membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh selain menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Muhammed Syarafi berkata, semua tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Katanya, Mahkamah Ren­dah Syariah di sini bersetuju menjalankan prosiding perbicaraan ketujuh-tujuh anak guamnya pada 5 Julai ini bersama enam lagi tertuduh yang sudah didakwa atas pertuduhan sama sebelum ini.

Terdahulu, tujuh individu itu adalah antara 13 lelaki yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dalam serbuan yang dijalankan di sebuah apartmen di Jalan Mahmood pada 30 Mei 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×