BAITULMUQADDIS: Tentera Israel pada Sabtu memaklumkan sudah mewujudkan satu garisan pemisah dikenali sebagai ‘Garisan Kuning’ di selatan Lubnan, sama seperti garisan yang memisahkan tenteranya dengan wilayah yang masih dikuasai Hamas di Gaza,
Tentera rejim dalam satu kenyataan turut memaklumkan pihaknya telah melancarkan serangan ke atas suspek militan yang menghampiri pasukannya di sepanjang garisan tersebut.
“Dalam tempoh 24 jam lalu, pasukan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang beroperasi di selatan Garis Kuning di selatan Lubnan telah mengenal pasti pengganas yang melanggar persefahaman gencatan senjata dan menghampiri pasukan dari utara Garis Kuning dengan cara yang menimbulkan ancaman segera.
“Sejurus selepas dikenal pasti dan bagi menghapuskan ancaman, pasukan telah menyerang pengganas di beberapa kawasan di selatan Lubnan,
“Tentera Israel diberi kuasa untuk bertindak terhadap sebarang ancaman walaupun dalam keadaan gencatan senjata,” menurut kenyataan itu yang buat pertama kali merujuk kepada garisan tersebut sejak gencatan senjata berkuat kuasa.-AFP










