Diesel: 4,100 kontraktor laksana projek kerajaan risiko gulung tikar

Diesel: 4,100 kontraktor laksana projek kerajaan risiko gulung tikar

KENAIKAN harga diesel memberikan kesan kepada kepada peningkatan kos dalam menggerakkan jentera bagi melaksanakan projek di tapak pembinaan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dianggarkan 4,100 kontraktor yang sedang menjalankan projek kerajaan di seluruh negara berdepan risiko gulung tikar dalam tempoh kurang sebulan kerana tidak mampu menyerap kos susulan kenaikan mendadak harga diesel.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, jumlah tersebut merangkumi projek-projek di bawah pelaksanaan syarikat milik kerajaan (GLC).

Katanya, sejak kenaikan harga bahan bakar tersebut, kerja-kerja di tapak pembinaan menjadi perlahan selain berdepan dengan kos bahan binaan yang semakin meningkat.

“Kenaikan ini dengan alasan bahan binaan tidak cukup di pasaran. Kami akui kerajaan cukup prihatin dalam isu ini, cuma bimbang sekiranya lambat bertindak memberi kesan negatif kepada sektor pembinaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mohd. Rosdi berkata, ketika ini kerajaan hanya mengambil pendekatan berbincang tanpa mengambil tindakan segera.

Katanya, kesan itu bukan melibatkan kontraktor semata-mata sebaliknya kerajaan turut menerima tempias kerana melibatkan kepentingan rakyat.

“Jadi rakyat akan marah kepada kerajaan bila mereka tidak dapat menikmati apa yang sepatutnya dirasai. Kebanyakan projek yang sedang berjalan ketika ini melibatkan soal kesihatan dan keselamatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×