Jabra perluas penyelesaian kerja hibrid

Jabra perluas penyelesaian kerja hibrid

MELVIN Phun (kiri), Holger Reisinger (tengah) dan Augustine Yue (kanan) pada Majlis Pelancaran Jabra Malaysia Evolve3 & PanaCast Room Kit di KL Eco City, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penyelesaian audio dan video profesional global, Jabra, memperluaskan portfolio kerja hibrid melalui pelancaran set kepala siri Jabra Evolve3 dan Jabra PanaCast Room Kit.

Pengurus Negara Jabra Malaysia, Melvin Phun berkata, organisasi di rantau Asia Pasifik amat memerlukan teknologi kolaborasi yang mudah disesuaikan dalam skala besar.

Menurutnya, 75 peratus pekerja percaya perisian kerja jarak jauh atau hibrid semasa mereka perlu ditambah baik.

“72 peratus pekerja menggesa pelaburan yang lebih besar dilakukan terhadap teknologi baharu.

“Jabra Evolve3 dan Jabra PanaCast Room Kit mengukuhkan kepimpinan syarikat dalam membekalkan penyelesaian audio dan video profesional untuk generasi kerja masa depan.

“Siri Evolve3 hadir dalam dua varian iaitu rekaan pada telinga (over-the-ear) melalui Jabra Evolve3 85 dan atas telinga (on-the-ear) melalui Jabra Evolve3 75,” katanya pada Majlis Pelancaran Jabra Malaysia Evolve3 & PanaCast Room Kit di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua varian itu menampilkan reka bentuk tersembunyi tanpa cabang mikrofon yang dikuasakan oleh teknologi Jabra ClearVoice serta rangkaian neural mendalam (DNN).

“Teknologi yang telah dilatih menggunakan lebih 60 juta ayat dunia sebenar ini mampu memisahkan suara pengguna daripada bunyi latar belakang dengan sangat berkesan.

“Ciri Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) pada peranti ini dilaraskan secara automatik berdasarkan persekitaran sekeliling untuk mengurangkan sebarang gangguan bunyi semasa panggilan,” ujarnya.

Melvin berkata, Jabra turut memperkenalkan Jabra PanaCast Room Kit yang direka khas untuk ruang mesyuarat pelbagai saiz.

“Sistem pintar yang tersedia dalam konfigurasi satu, tiga, atau lima kamera membolehkan organisasi menyesuaikan liputan berdasarkan susun atur bilik mereka.

“Sistem pintar ini mempunyai teknologi video panoramik dan kecerdasan pelbagai kamera terbina dalam.

“Penyelesaian itu membingkai penceramah secara dinamik dan merakam keseluruhan ruang bagi memastikan pengalaman mesyuarat yang lebih inklusif,” katanya.

Beliau berkata, varian Jabra Evolve3 85 ditawarkan pada harga RM3,000 manakala Jabra Evolve3 75 pula berharga RM2,300.

“Kedua-dua set kepala ini sudah boleh didapati melalui kedai rasmi Jabra di platform e-dagang Shopee dan Lazada.

“Sistem Jabra PanaCast Room Kit dijangka akan memasuki pasaran tempatan secara rasmi pada suku kedua tahun 2026 dengan anggaran harga bermula dari RM35,000 sehingga RM75,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×