Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

AS akan menyekat kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu, menurut data perkapalan.

Kapal Rich Starry dipercayai menjadi yang pertama berjaya melalui selat tersebut dan keluar dari Teluk sejak sekatan itu bermula, berdasarkan data daripada LSEG, MarineTraffic dan Kpler.

Kapal tangki itu bersama pemiliknya, Shanghai Xuanrun Shipping, dikenakan sekatan oleh AS kerana berurusan dengan Iran. Syarikat berkenaan tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.

Rich Starry merupakan kapal tangki bersaiz sederhana yang membawa kira-kira 250,000 tong metanol, menurut data tersebut. Ia memuatkan kargo itu di pelabuhan terakhirnya di Hamriyah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Data juga menunjukkan kapal milik China itu mempunyai kru warga China di atas kapal.

Sebuah lagi kapal tangki yang dikenakan sekatan oleh AS, Murlikishan, turut dilaporkan menuju ke Selat Hormuz pada 12 April, menurut data LSEG.

Kapal tangki kosong bersaiz mudah alih itu dijangka memuatkan minyak bahan api di Iraq pada 16 April, berdasarkan data Kpler.

Kapal tersebut, yang sebelum ini dikenali sebagai MKA, pernah mengangkut minyak dari Russia dan Iran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×