Operasi fasiliti gas Iraq Kurdish disambung semula

Operasi fasiliti gas Iraq Kurdish disambung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Operasi di sebuah fasiliti gas utama di wilayah Kurdish Iraq kembali beroperasi pada Isnin selepas lebih sebulan terjejas akibat perang AS-Israel menentang Iran, lapor syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengendalikan kompleks tersebut.

Dana Gas mengumumkan penyambungan semula pengeluaran di fasiliti gas Khor Mor di Wilayah Kurdistan Iraq selepas tempoh operasi yang tidak menentu, menurut satu kenyataan yang disiarkan di Bursa Saham Abu Dhabi.

Pada 28 Februari, syarikat dari UAE itu menghentikan bekalan gas asli dari kompleks tersebut apabila perang meletus, menurut pihak berkuasa di wilayah autonomi Kurdistan Iraq.

Kementerian Elektrik dan Sumber Asli Kurdistan berkata, keputusan itu dibuat disebabkan keadaan luar biasa dan perkembangan semasa di rantau tersebut, serta untuk melindungi pekerja di medan Khor Mor.

Kompleks Khor Mor, yang membekalkan sebahagian besar loji tenaga di Kurdistan, pernah beberapa kali menjadi sasaran serangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata pro-Iran di Iraq.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×