43 individu merusuh di pusat hiburan ditahan

43 individu merusuh di pusat hiburan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 43 individu sudah ditahan berkait kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras dekat sini, baru-baru ini.

Tangkapan terbaharu membabitkan 35 suspek yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk mendapatkan perintah reman.

Difahamkan, suspek utama dipercayai warga China yang mengupah kumpulan itu juga sudah ditahan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu sidang akhbar berhubung kes itu akan diadakan hari ini.

Terdahulu, 12 lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini