TEHERAN: Iran dan Oman akan dibenarkan mengenakan bayaran ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dua minggu yang dimediasi Pakistan.
Menurut laporan agensi berita Associated Press memetik seorang pegawai serantau yang tidak dinamakan, Iran akan menggunakan hasil kutipan tersebut untuk tujuan pembinaan semula. Tidak dapat dipastikan dengan segera bagaimana Oman akan menggunakan dana tersebut, menurut laporan itu.
Pegawai berkenaan yang terlibat secara langsung dalam rundingan bercakap dengan syarat tidak didedahkan identitinya kerana tidak diberi kebenaran untuk membincangkan perbincangan dalaman.
Iran dan Oman berkongsi hak wilayah ke atas Selat Hormuz. Struktur bayaran yang dicadangkan akan berbeza bergantung kepada jenis kapal, muatannya serta keadaan semasa lain, menurut laporan Reuters.










