Iran gantung lelaki ada kaitan AS-Israel, sertai protes sebelum perang

Iran gantung lelaki ada kaitan AS-Israel, sertai protes sebelum perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran melaksanakan hukuman gantung ke atas seorang lelaki yang disabitkan melakukan tindakan bagi pihak Israel dan Amerika Syarikat (AS) semasa gelombang protes anti-kerajaan awal tahun ini, menurut pihak kehakiman.

“Ali Fahim, salah seorang elemen musuh dalam rusuhan pengganas Dey (Januari) telah digantung selepas Mahkamah Agung meneliti kes itu dan mengesahkan sabitan,” menurut laman web Mizan Online milik kehakiman.

Pelaksanaan hukuman itu adalah yang terkini berkaitan dengan protes yang tercetus di Iran pada akhir Disember menentang kos sara hidup sebelum bertukar menjadi demonstrasi anti-kerajaan di seluruh negara yang memuncak pada 8 dan 9 Januari lalu.

Hukuman itu juga berlaku dalam konteks perang Iran dengan AS-Israel yang tercetus pada 28 Februari dengan serangan yang mengorbankan pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Mizan melaporkan Fahim disabitkan atas tuduhan bekerja menentang Iran bagi pihak rejim Zionis dan AS serta menceroboh tapak tentera rahsia untuk merampas senjata.

Pihak berkuasa Iran berkata, perhimpunan itu bermula secara aman pada Disember sebelum berubah menjadi rusuhan yang dicetuskan campur tangan asing melibatkan pembunuhan dan vandalisme.

Teheran menyatakan lebih 3,000 orang terkorban semasa kekacauan itu, termasuk anggota pasukan keselamatan dan orang awam, mendakwa ia sebagai tindakan pengganas.

Namun, Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di AS (HRANA) berkata, mereka merekodkan lebih 7,000 kematian, majoritinya penunjuk perasaan, dan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×