JOHOR BAHRU: Ketiga-tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan bersabit hantaran media sosial dipercayai mengandungi unsur hasutan, fitnah, menghina agama Islam, perdana menteri dan institusi diraja adalah ahli keluarga. Sumber keluarga itu yang enggan dikenali memberitahu, suspek lelaki dan wanita dewasa merupakan adik beradik manakala suspek wanita remaja adalah anak kepada suspek wanita dewasa. Menurutnya, suspek wanita berusia 49 tahun mula berubah sikap sejak 2015 setelah kembali daripada melakukan umrah.…










