40 lori tangki, 8 lori jumbo bantu pengguna terjejas bekalan air

40 lori tangki, 8 lori jumbo bantu pengguna terjejas bekalan air

PENYELARAS Dewan Negeri Jengka, Datuk Dr. Ismail Mohamed Said ( dua dari kanan) dan Saiful Zaini Mohd. Bokhari (tigadari kiri) turun padang melihat sendiri proses pembaikan Loji Rawatan Air  LRA) Batu Sawar  di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Pengurusan Air Pahang Berhad menggerakkan sebanyak 40 lori tangki air, lapan lori jumbo dan menyediakan kira-kira 250 tangki statik di lokasi strategik sebagai langkah mitigasi bagi membantu pengguna terjejas susulan gangguan bekalan air di enam rancangan Felda Jengka dan 15 kampung di Temerloh.

Lebih 3,500 akaun pengguna di kedua-dua daerah itu akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula hari ini susulan kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Sawar, Temerloh.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Datuk Saiful Zaini Mohd. Bokhari berkata, kerja-kerja tersebut adalah langkah penting bagi memastikan sistem bekalan air terus stabil dan mampu memenuhi keperluan pengguna secara berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelaksanaan kerja baik pulih komprehensif ini melibatkan penyelenggaraan paip pengepaman, penyambungan tee serta pemasangan instrumen penting di LRA Batu Sawar. Ia perlu dilaksanakan bagi menjamin kecekapan sistem agihan air kepada pengguna,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Penyelaras Dewan Negeri Jengka di Balora Mastika, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, di sini hari ini.

Menurut beliau, gangguan itu bermula pada pukul 9 pagi  ini dan dijangka berlarutan sehingga pukul 6 pagi esok.

Menurut Saiful Zaini, gangguan bekalan air turut dipengaruhi insiden luar jangka apabila pam utama di LRA berkenaan mengalami kerosakan pada malam raya lalu, sekali gus menjejaskan operasi sistem secara keseluruhan.

“Walaupun kejadian itu berlaku di luar jangka, tindakan segera diambil bagi membaiki kerosakan dan menstabilkan semula operasi loji. Bekalan air disalurkan semula secara berperingkat selepas kerja-kerja siap sepenuhnya dan sistem agihan distabilkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×