Misi terakhir Ronaldo bersama Portugal 

Misi terakhir Ronaldo bersama Portugal 

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Ricardo Quaresma yakin Portugal mampu menyerap tekanan tinggi sekali gus menghadiahkan penyerang sensasi itu peluang terakhir menjulang trofi Piala Dunia.

Menurut Quaresma, yang pernah mencipta kejayaan bersama Ronaldo dalam Kejuaraan Eropah (Euro) pada 2016, skuad Portugal kini memiliki keyakinan tinggi selepas kejayaan menjuarai Liga Negara-Negara baru-baru ini.

Katanya, kehadiran Ronaldo dalam skuad menjadi pembakar semangat utama buat pasukan dalam menghadapi kejohanan terbesar dunia itu.

“Ini adalah Piala Dunia terakhirnya dan semua pemain mahu melihat Cristiano memenangi gelaran tersebut. Jangkaan sangat tinggi kerana Portugal memiliki kualiti yang mencukupi untuk pergi jauh,” katanya.

Quaresma turut menyuarakan keyakinan terhadap generasi baharu Portugal yang disifatkan mampu merealisasikan impian negara untuk menjuarai Piala Dunia buat kali pertama.

“Kami sudah memenangi kejuaraan Eropah dan sekarang untuk memenangi Piala Dunia adalah matlamatnya. Saya fikir ia adalah pelengkap terbaik kerana kami sentiasa mengimpikannya tetapi tidak pernah mencapainya,” katanya.

Pencapaian terbaik Portugal di Piala Dunia adalah pada edisi 1966 di England apabila pasukan yang diterajui legenda Eusebio menamatkan saingan di tempat ketiga. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×