New Joe perlu buktikan kemampuan takluk ACC  

New Joe perlu buktikan kemampuan takluk ACC  

Lau New Joe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Lau New Joe sekali lagi perlu membuktikan kemampuannya untuk beraksi pada tahap maksimum bagi mengalas cabaran negara pada kempen Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 bermula esok hingga 31 Mac ini.

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, Harnizam Basri, menekankan bahawa setiap perlumbaan menjadi medan penting bagi New Joe memperbaiki prestasi serta meningkatkan peluang untuk meraih kedudukan teratas.

“Setakat ini dia berada dalam keadaan baik malah prestasinya juga bagus. Itu merupakan Piala Dunia yang pertama disertai New Joe.

“Bagi cabaran ACC, kami mahu dia buat lebih baik. Jadi, kami sasarkan kepada dia untuk berada dalam kedudukan tiga teratas dalam acara yang disertainya,” katanya.

Terdahulu, pelumba berusia 21 tahun itu membuat penampilannya sulungnya di pentas Piala Dunia dekat Perth pada 7 dan 8 Mac lalu menamatkan saingan di tempat ke-10 masing-masing dalam acara elimination dan omnium.

Hasil kejayaan itu membolehkan ranking New Joe melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-17 dunia dengan 2,612 mata.

Dalam perkembangan berasingan, Harnizam mengesahkan dia akan membawa kedua-dua pelumba, Adib Andhar Andan dan Mohd Akmal Nazimi Jusena ke ACC.

Salah seorang daripada mereka akan dipilih untuk beraksi dalam acara pecut berpasukan bersama Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis.

“Kita akan putuskan siapa di antara kedua pelumba itu akan beraksi pada hari pertandingan nanti,” kata Harnizam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×