Bergson, Gallifuoco terlepas aksi lawan Vietnam 

Bergson, Gallifuoco terlepas aksi lawan Vietnam 

Bergson da Silva terlepas peluang beraksi bersama Harimau Malaya menentang Vietnam dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan bahawa dua pemain import Liga Super, Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco bakal dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi perlawanan antarabangsa seterusnya.

Begitu pun, Cklamovski berkata, kedua-dua pemain tersebut tidak dapat beraksi bersama Harimau Malaya menentang Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Asia pada 31 Mac ini berikutan isu pendaftaran mereka.

“Secara umumnya, mengenai Bergson dan Gallifuoco, saya memperoleh maklumat bahawa pendaftaran tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang membolehkan mereka untuk dipanggil bagi perlawanan ini.

“Jadi, disebabkan itu mereka tidak boleh untuk dipanggil pada kem kali ini. Saya sudah berbincang dengan mereka dan mereka mengakui berasa teruja dan bersemangat untuk mewakili Malaysia.

“Mereka mahu lakukan sesuatu yang istimewa untuk negara yang sudah memberikan banyak perkara kepada mereka. Saya rasa itu sesuatu yang positif. Mereka boleh dipanggil pada kem antarabangsa yang seterusnya,” kata Cklamovski.

Mengulas lanjut, Cklamovski memberitahu dia terpaksa melupakan khidmat Nacho Mendez selepas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengalami kecederaan.

“Saya fikir semua orang dapat melihat dia mengalami kecederaan pada aksi terakhirnya beberapa hari lalu.  Jadi, dia terpaksa diketepikan kerana kecederaan,” katanya.

Mendez mengalami kecederaan ketika membantu pasukannya membelasah PDRM FC 7-0 dalam aksi liga, Rabu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×