KASUT berkemampuan tinggi dengan bercirikan teknologi sentiasa memenuhi gaya hidup aktif setiap individu tanpa mengira sama ada digunakan untuk berlari atau berjalan.
Apatah lagi bagi mereka yang mementingkan keselesaan, sekali gus mendorong Sketchers memperkenalkan GOwalk max cushioning flex.
Kasut yang direka untuk memahami keperluan ini memberi fokus kepada keselesaan maksimum untuk kegunaan harian.
Apatah lagi dengan teknologi hands free slip ins, anda hanya perlu menyarung tanpa perlu tunduk atau menggunakan tangan.
Selain itu, reka bentuk bahagian tumit yang menggunakan heel pillow juga memainkan peranan penting dengan membantu menyokong kaki lebih stabil sebaik sahaja anda memijak
Kasut ini juga menggunakan gabungan max cushioning platform di bahagian tapaknya bersama teknologi ultra go foam yang memberikan rasa empuk kepada si pemakai dan mengurangkan tekanan pada kaki terutama apabila berjalan lama.
Kombinasi kusyen ini menjadikan setiap langkah terasa lebih bertenaga tanpa rasa terlalu lembut atau tenggelam.
Bahagian dalam kasut pula dilengkapi dengan air cooled goga mat insole yang membantu memberikan sokongan tambahan pada tapak kaki.
Dalam masa sama, sistem pengudaraan ini membantu kaki kekal selesa walaupun digunakan dalam tempoh panjang.
Digabungkan bersama soft stride cushioning, pengalaman berjalan terasa lebih konsisten dari langkah pertama hingga ke penghujung hari.
Inilah antara sebab utama ramai memilih model ini sebagai kasut harian mereka.
Paling penting, ia mudah dibasuh menggunakan mesin tanpa perlu risau tentang kerosakan pada struktur kasut.










