Empat keganasan gegar Narathiwat, Pattani

Empat keganasan gegar Narathiwat, Pattani

KEDAI serbaneka Big C di Daerah Thung Yang Daeng, Pattani, Thailnad musnah terbakar setelah bom buatan sendiri diletupkan. - IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Sekurang-kurangnya empat kejadian keganasan berlaku di Wilayah Narathiwat dan Pattani malam dan awal hari ini.

Ia melibatkan percubaan membunuh Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Kamonsak Leewamon yang juga dikenali sebagai Wan Johan di hadapan rumahnya di Daerah Bacho, Narathiwat pukul 1 pagi.

Tiga lagi serangan dipercayai dilakukan anggota kumpulan pemisah berlaku di Daerah Sungai Padi, Narathiwat dan Daerah Thung Yang Daeng, Wilayah Pattani tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pihak berkuasa menerima aduan berkenaan serangan sekumpulan individu ke atas Unit Perlindungan Mukim Riko, Sungai Padi, pada pukul 8.50 malam tadi.

“Kira-kira tiga minit kemudian, sekumpulan individu dipercayai anggota kumpulan pemisah melepaskan tembakan ke arah Pusat Pemeriksaan Chatwarin di Mukim Paluru, juga di Daerah Sungai Padi.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kedua-dua kes itu. Pihak berkuasa menemukan silinder gas yang dipercayai mengandungi bom seberat 15 kilogram,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap ISOC4 berkata, pihak berkuasa menerima laporan bahawa sebuah kedai serbaneka Mini Big C cawangan Thung Yang Daeng, Pattani musnah dalam satu letupan kira-kira ukul 3 pagi ini.

Katanya, siasatan awal mendapati penyerang meletakkan bom buatan sendiri (IED) berhampiran kedai serbaneka sebelum meletupkannya menggunakan alat kawalan jauh.

“Letupan itu menyebabkan kedai terbabit terbakar. Hampir keseluruhan kedai berkenaan musnah dalam kebakaran itu. Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan rapi bagi mengesan pelaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×