Pemandu lori tiada lesen ditahan JPJ

Pemandu lori tiada lesen ditahan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori upahan syarikat barangan elektronik ditahan dalam operasi harian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didapati tidak memiliki Lesen Kenderaan Barangan (GDL) serta Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, syarikat tersebut mengupah pemandu lori tiada lesen tersebut atas alasan pemandu asal bercuti walaupun pemandu asal mempunyai lesen GDL dan CDL.

Menurutnya, hasil semakan juga mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) pemandu itu sudah tamat tempoh setahun lalu dan tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Pemandu bersama kelindan lori itu diupah oleh sebuah syarikat barangan elektronik bagi menghantar peti ais dan mesin basuh kepada pelanggan.

“Ketika disoal siasat, pemandu terbabit mendakwa lori berkenaan baru sahaja keluar dari bengkel, menyebabkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) belum diperbaharui.

“Pemandu itu kemudian ditahan di Jalan Seri Wangsa, Kuala Lumpur dan kenderaan tersebut turut disita oleh JPJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hamidi, hasil semakan lanjut mendapati perakuan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) juga sudah tamat tempoh.

“Kes tersebut disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×