Presiden Pas tahu Takiyuddin jumpa Zahid Hamidi

Presiden Pas tahu Takiyuddin jumpa Zahid Hamidi

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand pada Disember tahun lalu adalah dengan pengetahuanTan Sri Abdul Hadi Awang.

Takiyuddin berkata, pertemuan tersebut hanyalah perbincangan biasa tanpa sebarang tujuan khusus dan tiada kaitan dengan dakwaan Langkah Bangkok seperti yang dikaitkan oleh sesetengah pihak.

“Saya mengesahkan kehadiran saya pada pertemuan di Bangkok itu, tetapi ia dilakukan dengan pengetahuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dijemput sebagai Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), manakala Datuk Seri Hamzah hadir sebagai Ketua Pembangkang. Kami berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri di Bangkok,” katanya ketika di Kota Bahru di sini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, dakwaan bahawa pertemuan itu berkait dengan percaturan politik hanyalah prasangka.

“Tiada sebarang tujuan spesifik selain daripada berjumpa dan bertukar fikiran. Tidak wujud sebarang gerakan atau Langkah Bangkok seperti didakwa sesetengah pihak. Pertemuan itu di antara Barisan Nasional (BN) dan PN.

“Nak ke Bangkok memang la kena melangkah. Apa yang pasti, saya pergi ke sana dengan pengetahuan Presiden. Parti lain saya tidak tahu,” katanya.

Media sebelum ini melaporan, Ahmad Zahid mengakui mengadakan pertemuan dengan Hamzah pada tahun lalu bagi membincangkan isu penyatuan parti Melayu dan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN